Wednesday 1 August 2012

gArAM,gulA n Air..... bukan makanan semata2 ...

 Sekadar berkongsi.... terjumpa artikel nie dlm fb.... menarik jika difahami


"Garam adalah diibaratkan sebagai masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita. Melihatkan masakan, adalah tidak sah jika sebarang masakan tidak menggunakan garam. Goreng telur pun pakai garam kan? Secukup rasa pastinya enak masakan kita. Jika terlebih, menyembur-nyembur masin jadinya. Begitulah juga kehidupan kita. Sedikit permasalahan yang timbul itu 
menjadikan hidup ini lebih berwarna. Ada saat untuk kita menangis, terasa, kecewa.


Segala perasaan ini tibul dek permalasahan yang berlaku di sekeliling kita. Ketiadaan masalah juga menjadikan hidup ini seolah-olah sepi dan layu. Masalahlah yang menjadikan kita lebih tabah, matang dan kuat untuk menjalani kehidupan. Tapi, ingat, usah berlebihan dalam masalah. Umpama garam yang terlebih dalam masakan, berlebihan dalam masalah membuatkan kita hidup porak peranda. Jika ada peneylesaian yang lebih mudah, selesaikannya dengan cepat. Usah berlebihan menimbulkan masalah untuk membuktikan anda mempunyai hati waja, sebenarnya orang melihat anda sebagai kurang cerdik, menyiksa diri sendiri.

Gula diibaratkan kejayaan dalam kehidupan. Tentunya manis apabila segala yang diimpikan menjadi kenyataan dan kejayaan. Graduasi universiti, kenaikan pangkat, bercuti, keuntungan perniagaan, kaya dan berharta, segalanya meninggalkan kenangan manis dalam kehidupan. Dan, setiap kali menoleh kembali kepada setiap kejayaan kita, senyuman lantas terukir, menandakan nikmatnya kita berjaya. Sebagaimana terasa nikmatnya menghirup milo ais yang cukup rasa manisnya, kopi yang seimbang rasa manisnya dan teh tarik yang “kaw” adunan manisnya.

Namun, terlebih manis mengundang penyakit. Sinonimnya, diabetis. Begitu juga dengan kejayaan. Andai kita terus hanyut mengejar kejayaan dan kemanisan hidup dunia, pasti pertimbangan syariah makin diketepikan. Buat apa sahaja untuk kejayaan. Jalan kotor, tipu, rasuah, asalkan berjaya. Maka, ingatlah, bersederhanalah dalam mengejar kejayaan, kerana kejayaan di Akhirat adalah yang paling hakiki.

Air kosong pula umpama kehidupan kita. Kita boleh untuk terus meminumnya. Menghilangkan dahaga, namun tiada rasa. Adanya garam dan gula dalam segelas air kosong pastinya menjadikan minuman itu lebih berperisa. Garam menbuatkannya rasa masin, gula menjadikannya manis. Dengan permasalahan dan kejayaan, kehidupan kita lebih berperisa.

Kita mampu untuk bermain selamat dalam kehidupan tanpa melibatkan diri dengan masalah dan kejayaan. Lari daripada masalah, lari daripada mengambil risiko untuk mencipta kejayaan. Rasanya seperti setiap hari anda hanya meneguk air kosong,tanpa sebarang rasa. Sekali-sekala teringin juga untuk merasa sesuatu dalam tegukan anda. Itulah peranannya gula dan garam dalam air kosong anda.

Setiap masalah dan kejayaan adalah rasa yang membuatkan kehidupan kosong kita menjadi lebih berperisa. Usah takut dengan masalah, usah gentar mengejar kejayaan. Namun, usahlah berlebih-lebih dalam kedua-duanya, kerana berlebihan itu pastinya mengundang sengsara di hujung hari. Sentiasa bersederhana dalam masalah dan kejayaan. Ibarat garam, gula dan air kosong, itulah perisa kehidupan kita."









Monday 2 July 2012

kAd diskAUn sIswa..... alhamdulillah....

ASSALAMUALAIKUM....

Berita baik (jika betul lah pelaksanaan nya oleh kerajaan )..... kad diskaun siswa akan diagih kan kepada penuntut ipta/ipts tidak lama lg....

Mr Paranoid terbaca artikel berikut n klu btul lah, syukur kehadrat Illahi diatas nikmat yg diberikan....


" pada Isnin Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) di Putrajaya.
Kemudahan kad diskaun tersebut bertujuan membantu ringankan kos sara hidup para mahasiswa di negara ini, kata Muhyiddin ketika merasmikan acara pelancaran tersebut di PICC, Putrajaya.
"Kad diskaun ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara," ujarnya yang juga Menteri Pelajaran.
Menurut Muhyiddin, setakat ini 51 syarikat sudah menyertai KDS1M yang menawarkan potongan harga antara 5-60 peratus bagi pembelian buku, alat tulis, pakaian, makanan, produk IT, penginapan dan kesihatan.-2/7/2012"

we will wait for that moment..... thanks to ALLAH S.W.T  for all the blessing the He gives....

Sunday 24 June 2012

Dr. mUhammad Mursi.... The NEW egYPt preSident

Takbir..... (ALLAHUAKBAR......)

ALHAMDULILLAH.... segala puji bagi Allah S.W.T...
25.6.2012, sejarah telah dicatat kan dalam dunia politik....
kemenangan dalam pilihanraya bagi menentukan president di mesir telah berpihak kepada pemimpin dari ikhwanul muslimin, Dr Muhammad Mursi.......

berikut merupakan keputusan rasmi pilihan raya tersebut.....



                                       keputusan rasmi.... memihak Dr Mursi... alhamdulillah...

Segala puji -pujian kepada ALLAH....
masyarakat mesir telah memilih calon yang tepat... dengan pemilihan beliau diharap membawa perubahan besar dalam dunia Islam kearah kegemilangan umat seantero dunia....

jom kita mengenali serba sedikit siapakah dr mursi ini.....


Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini.Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.









                para penduduk mesir bersujud syukur diatas kemenangan dr mursi........................



FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’, ayat 58).



Saturday 23 June 2012

DoA2..... let's prActice it in OuR life....

ASSALAMUALAIKUM....

Subhanallah.... walhamdulillah ...Allahuakbar....


Segala syukur kepada Allah S.W.T , Tuhan sekalian alam....

Kita manusia, manusia penuh dengan dosa2....
Kalau dihitung dosa2 kita ....
Ya Allah...
lebih banyak dari bilangan mutiara2 pasir dipantai 
Sesungguh nya kita ,hamba yg amat lemah...
JGANLAH kita sombong untuk bersimpuh , menadah tangan , memohon keampunan daripadaNya..,

SESUNGGUH NYA ALLAH ITU AMAT MENGASIHANI.....

Entry kali nie Mr Paranoid ingin kongsi kan koleksi2 doa... doa2 nie diambil dari fb (darulsyifa)...
harap kita semua dapat amal kan....
























SELAMAT BERAMAL....
kepada mu Ya Rabbi ...tempat ku mengadu dan memohon....









Wednesday 20 June 2012

BukIT pANoramA.... seindah namamu...

Salam ukhuwah...
malam nie...tengah duk khusyuk belek2 folder , tiba2 terjumpa cebisan gambar Mr Paranoid sebatch (budak2 Biomedic 111/UIAM) ber'hiking' di bukit yang indAh nan permai.... "BUKIT pAnorAma, KuANTAN...

Since terlihat gambar tuh... tetiba jari jemari rajin nak menekan keyboard nie... so, entry pd kali nie lbih kpda mencerita kan 'sweet mOment ' yg kami tempuhi bersama spnjang journey itu........

Seawal jam 4 pg kami bangun n bersiap2, mula2 bngun tido terasa malas giler...tetapi smngat nak berhiking tuh tinggi, so dgn tetiba perasaan malas tuh bertukar kpda excited...

hiking nie bukan brother je join sister pun join jugak...
 sebelum bertolak kami buat warming up skejap...
                                 muka semua tak bermaya...mungkin mengantok lg kot
                                    warming up .... nak elak kan kren nanti....haha
                                 acap.... ketua batch kami, smangat briefing anak2 buah...

dlm pukul 4.45 pg kami bertolak ke destinasi kami ....
then....
pndakian kami yang mencabar bermula....
serius... bukit nye amat tinggi...(amat2 tinggi)...

slepas sejam kami mendaki... akhir nya tiba kekemuncak... SUBHANALLAH...

itu kalimah dpt digambarkan betapacantik nya alam ciptaan ALLAH nie...
sejuk, nyaman , cantik....dpt tngok sunrise plak tue....

                                              sunrise yg mempesona kan


                                   penat lelah ...terbayar dengan melihat keindahan alam


                                              subhanallah.... indahnye ciptaan MU ya rabbi...


yeah..... kami para pendaki biomed yang berjaya....




selepas menhayati keindahan alam nie....
kami teruskan perjalanan ke sungai kat kaki bukit panorama nie......




apa lg .....kami pun mandi la..












then.... sbelum balik singgah di Gua Charas jap...
disini ada banyak patung...serta tokong....
kami tak singgah lama di Gua Charas nie...sbab bau dia kurang enak...






semoga UKHWAH yg terjalin antara kami kekal senantiasa..amin....