Sunday 24 June 2012

Dr. mUhammad Mursi.... The NEW egYPt preSident

Takbir..... (ALLAHUAKBAR......)

ALHAMDULILLAH.... segala puji bagi Allah S.W.T...
25.6.2012, sejarah telah dicatat kan dalam dunia politik....
kemenangan dalam pilihanraya bagi menentukan president di mesir telah berpihak kepada pemimpin dari ikhwanul muslimin, Dr Muhammad Mursi.......

berikut merupakan keputusan rasmi pilihan raya tersebut.....



                                       keputusan rasmi.... memihak Dr Mursi... alhamdulillah...

Segala puji -pujian kepada ALLAH....
masyarakat mesir telah memilih calon yang tepat... dengan pemilihan beliau diharap membawa perubahan besar dalam dunia Islam kearah kegemilangan umat seantero dunia....

jom kita mengenali serba sedikit siapakah dr mursi ini.....


Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini.Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.









                para penduduk mesir bersujud syukur diatas kemenangan dr mursi........................



FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’, ayat 58).



No comments:

Post a Comment