Wednesday, 1 August 2012

gArAM,gulA n Air..... bukan makanan semata2 ...

 Sekadar berkongsi.... terjumpa artikel nie dlm fb.... menarik jika difahami


"Garam adalah diibaratkan sebagai masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita. Melihatkan masakan, adalah tidak sah jika sebarang masakan tidak menggunakan garam. Goreng telur pun pakai garam kan? Secukup rasa pastinya enak masakan kita. Jika terlebih, menyembur-nyembur masin jadinya. Begitulah juga kehidupan kita. Sedikit permasalahan yang timbul itu 
menjadikan hidup ini lebih berwarna. Ada saat untuk kita menangis, terasa, kecewa.


Segala perasaan ini tibul dek permalasahan yang berlaku di sekeliling kita. Ketiadaan masalah juga menjadikan hidup ini seolah-olah sepi dan layu. Masalahlah yang menjadikan kita lebih tabah, matang dan kuat untuk menjalani kehidupan. Tapi, ingat, usah berlebihan dalam masalah. Umpama garam yang terlebih dalam masakan, berlebihan dalam masalah membuatkan kita hidup porak peranda. Jika ada peneylesaian yang lebih mudah, selesaikannya dengan cepat. Usah berlebihan menimbulkan masalah untuk membuktikan anda mempunyai hati waja, sebenarnya orang melihat anda sebagai kurang cerdik, menyiksa diri sendiri.

Gula diibaratkan kejayaan dalam kehidupan. Tentunya manis apabila segala yang diimpikan menjadi kenyataan dan kejayaan. Graduasi universiti, kenaikan pangkat, bercuti, keuntungan perniagaan, kaya dan berharta, segalanya meninggalkan kenangan manis dalam kehidupan. Dan, setiap kali menoleh kembali kepada setiap kejayaan kita, senyuman lantas terukir, menandakan nikmatnya kita berjaya. Sebagaimana terasa nikmatnya menghirup milo ais yang cukup rasa manisnya, kopi yang seimbang rasa manisnya dan teh tarik yang “kaw” adunan manisnya.

Namun, terlebih manis mengundang penyakit. Sinonimnya, diabetis. Begitu juga dengan kejayaan. Andai kita terus hanyut mengejar kejayaan dan kemanisan hidup dunia, pasti pertimbangan syariah makin diketepikan. Buat apa sahaja untuk kejayaan. Jalan kotor, tipu, rasuah, asalkan berjaya. Maka, ingatlah, bersederhanalah dalam mengejar kejayaan, kerana kejayaan di Akhirat adalah yang paling hakiki.

Air kosong pula umpama kehidupan kita. Kita boleh untuk terus meminumnya. Menghilangkan dahaga, namun tiada rasa. Adanya garam dan gula dalam segelas air kosong pastinya menjadikan minuman itu lebih berperisa. Garam menbuatkannya rasa masin, gula menjadikannya manis. Dengan permasalahan dan kejayaan, kehidupan kita lebih berperisa.

Kita mampu untuk bermain selamat dalam kehidupan tanpa melibatkan diri dengan masalah dan kejayaan. Lari daripada masalah, lari daripada mengambil risiko untuk mencipta kejayaan. Rasanya seperti setiap hari anda hanya meneguk air kosong,tanpa sebarang rasa. Sekali-sekala teringin juga untuk merasa sesuatu dalam tegukan anda. Itulah peranannya gula dan garam dalam air kosong anda.

Setiap masalah dan kejayaan adalah rasa yang membuatkan kehidupan kosong kita menjadi lebih berperisa. Usah takut dengan masalah, usah gentar mengejar kejayaan. Namun, usahlah berlebih-lebih dalam kedua-duanya, kerana berlebihan itu pastinya mengundang sengsara di hujung hari. Sentiasa bersederhana dalam masalah dan kejayaan. Ibarat garam, gula dan air kosong, itulah perisa kehidupan kita."









thIs is tHe trUe meAning of Cute......

Assalamualaikum....
for entry this time.... i'm just like to share some of the pictures which is i think it soooooooo cute,
Subhanallah.......
praise to ALLAH S.W.T .... all of the beauty in the world actually come from Allah, Every single things, no matter what is belong to Him..... we can't deny it.....

back to the topic, i might change from "ground state" to "excited state" when i read ,see or hear about kids....
especially to those kids who their age range between 1 to 5....

undoubtedly.... when i look into their eyes, i can see honesty and sincerity ..... subhanallah....there are some pics in my personal opinion that i think very awesome....


Carrying a baby is the most rewarding experience a woman can enjoy.







I always wondered why babies spend so much time sucking their thumbs. Then I tasted baby food.